Home > Rakan PERTIWI

“Rakan PERTIWI” adalah satu kategori pengiktirafan khas yang diberikan oleh PERTIWI di atas penglibatan dan sumbangan mereka yang aktif, ke arah mencapai objektif projek komuniti yang diterajui oleh PERTIWI.

 

Walaupun keahlian PERTIWI terbuka kepada wanita Muslim sahaja, status “Rakan PERTIWI” diberikan kepada sukarelawan, tanpa mengira bangsa atau gender, yang telah bekerja dengan penuh dedikasi ke arah mencapai matlamat komunitinya.

Projek yang telah menarik perhatian kumpulan ini termasuk PERTIWI Soup Kitchen dan PERTIWI Health Services. “Rakan PERTIWI” berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh keikhlasan, komitmen dan kasih sayang. Dengan sokongan mereka, PERTIWI mampu mendekati masyarakat dengan lebih besar dalam menangani berbagai isu dan keperluan. Hanya dengan kerjasama yang konsisten membolehkan kita membantu dengan lebih banyak lagi.

Mana-mana ahli PERTIWI boleh mencalonkan sukarelawan yang komited untuk kategori pengiktirafan ini. Deskripsi penglibatan aktif sukarelawan tersebut di dalam projek PERTIWI, perlu dihantar kepada Majlis untuk pertimbangan dan kelulusan. Apabila pencalonan telah diluluskan, satu surat akan dikeluarkan dan dihantar kepada sukarelawan tersebut, mengesahkan status pencalonan untuk kategori “Rakan PERTIWI”.

Tiada yuran akan dikenakan untuk pencalonan “Rakan PERTIWI”. Ia adalah satu status pengiktirafan terhormat oleh PERTIWI dalam menghargai dedikasi dan komitmen sukarelawan tersebut.