Home > Projek > Projek Anak Angkat
FosterChild

Bantuan Persekolahan

Projek ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi kewangan tetapi berpotensi dalam pelajaran. Projek ini merupakan bantuan kewangan persekolahan yang disalurkan menerusi sekolah masing-masing. Semenjak dilancarkan pada tahun 1967, PERTIWI telah berjaya membantu seramai 1,863 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Kadar bantuan yang diberikan ialah RM40.00 sebulan untuk sekolah rendah dan RM60.00 sebulan untuk sekolah menengah.

Cara Projek Dikendalikan

PERTIWI bekerjasama dengan sekolah

  • Sumbangan dimasukkan ke dalam akaun BSN anak angkat dua kali setahun
  • Segala urusan pengurusan dibuat oleh PERTIWI
  • Ibu bapa angkat boleh memilih anak angkat daripada senarai PERTIWI atau ibu bapa angkat boleh mengenal pasti sendiri anak angkat mereka
  • Ibu bapa angkat akan diberi laporan kemajuan peperiksaan anak angkat dari semasa ke semasa
  • Anak angkat tidak tinggal bersama ibu bapa angkat tetapi di rumah masing-masing. Ibu bapa angkat boleh berhubung dengan anak-anak angkat jika mereka kehendaki.

Tabung Pendidikan

Sejak ditubuhkan pada 14 November 2011, Tabung Pendidikan ini mendapat sumbangan yang menggalakkan daripada dermawan-dermawan di sekitar Lembah Klang. Dengan sumbangan ini, pada 24 November 2012 PERTIWI dapat menaja program “Pakaian Seragam Sekolah” untuk murid sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Lembah Klang. Sumbangan ini dibuat dalam bentuk baucer bernilai RM100.00 untuk pembelian pakaian sekolah dan kasut.

Kumpulan sasar yang menerima sumbangan “Pakaian Seragam Sekolah” ini ialah pelajar dari Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur, dan pelajar dari Puchong dan Gombak.

foster child project

Sebahagian daripada anak yatim Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya yang mendapat sumbangan dari Tabung Pendidikan PERTIWI.

foster child project

Majlis Penyampaian Baucer Pakaian Seragam dan Peralatan Sekolah kepada pelajar SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur.

Derma Al-Quran Braille

Melalui Tabung Pendidikan juga, PERTIWI telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) mengutip dana membeli Al-Quran Braille, untuk disumbangkan kepada lebih 6,000 masjid di seluruh Malaysia.

 

Sekiranya tuan/puan ingin menyertai Projek Tabung Pendidikan PERTIWI, sila hubungi PERTIWI di talian +603 7874 4203 atau email ke pertiwi.malaysia@gmail.com.