Home > Projek > Perkhidmatan Kesihatan PERTIWI
PHS

PERTIWI-Health-ServicesPada 1985, PERTIWI memulakan Klinik Sehari PERTIWI di beberapa tempat di kampung-kampung sekitar Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor dan Pahang.

‘Klinik Sehari PERTIWI’ yang kemudiannya menjadi ‘Kem Kesihatan PERTIWI’ menawarkan perundingan perubatan asas.

 

Objektif kem kesihatan termasuk:

  • Menyediakan pemeriksaan perubatan, pergigian dan mata yang asas untuk keluarga miskin di kawasan luar bandar;
  • Memberikan maklumat dan nasihat mengenai penyakit dan isu kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak;
  • Mengadakan pameran mengenai kesihatan keluarga, penyakit khusus dan komplikasi penyalahgunaan dadah.

Dengan membawa doktor, kakitangan perubatan (jururawat dan pembantu farmasi), sukarelawan dan ubat asas ke lokasi-lokasi terpilih, skop projek kami meliputi bidang-bidang berikut:

  • Kesihatan umum
  • Penyakit wanita
  • Penyakit kanak-kanak
  • Nasihat perubatan
  • Pameran mengenai isu kesihatan

Projek ini adalah untuk kebajikan keluarga miskin yang tidak dapat pergi ke hospital kerajaan dan klinik, mereka boleh mendapatkan maklumat relevan mengenai isu kesihatan untuk mereka sendiri dan anak-anak mereka.

Projek ini tidak aktif untuk seketika disebabkan kekurangan dana. Bagaimanapun, dengan pendermaan sebuah kereta MyVi daripada Perodua Manufacturing Sdn Bhd, PERTIWI menghidupkan semula projek ini dengan mengubahsuaikan kereta ini menjadi sebuah farmasi kecil bergerak, dengan ubat atas kaunter yang selamat diberikan jikalau perlu. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada golongan gelandangan dan miskin di pusat bandar Kuala Lumpur sekurang-kurangnya dua kali seminggu, iaitu pada malam Ahad dan Rabu apabila Dapur Mesra PERTIWI (PERTIWI Soup Kitchen) mengagihkan makanannya kepada komuniti itu.

Kami berharap “Perkhidmatan Kesihatan PERTIWI” (PERTIWI Health Services) akan menarik lebih ramai doktor sukarelawan untuk membantu golongan gelandangan dan miskin di Kuala Lumpur dengan menyediakan bantuan perubatan asas.