Home > Projek Pilihan > Jadilah Sukarelawan Bersama Kami
+Volunteer-with-Us

Anda Boleh Membawa Perubahan!

 

Tanpa sukarelawan, kami tidak akan dapat melaksanakan projek-projek kami.

Dapur Mesra PERTIWI

Kami dapat memberi makanan kepada antara 500 – 700 individu yang tiada tempat tinggal serta juga yang miskin tegar empat kali seminggu dengan bantuan sukarelawan kami yang berdedikasi.

Jika anda ingin menjadi sukarelawan untuk pengagihan makanan berkhasiat yang siap dibungkus serta minuman kepada individu-individu ini, sila hubungi Munirah Hamid di talian +6012 236 3639 untuk maklumat lanjut.

Laluan:

Hentian Pertama – Jalan TAR (Sebelah Hotel Tune KL) kira-kira 9:00 malam
Tempat pengagihan pertama kami ialah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sebelah Hotel Tune KL.
Penerima-penerima sumbangan makanan akan berhimpun di sini dan berbaris apabila kenderaan dapur mesra (soup kitchen) tiba.
Sukarelawan akan diberikan tugas.

Hentian Kedua – Kota Raya (Sebelah Mydin) kira-kira 10:00 malam
Sukarelawan digalakkan untuk mengambil tugas yang berlainan di sini untuk pengalaman yang lebih baik.

Hentian Ketiga – ‘Sungkai’, kira-kira 10:50 malam

Hentian Keempat – Masjid India, kira-kira 11:00 malam 

Hentian Kelima – Masjid Negara, kira-kira 11:40 malam 

Rujuk kepada Peta Google ›

Muat Turun Panduan Sukarelawan

Perkhidmatan Kesihatan PERTIWI

Kami boleh menyediakan perkhidmatan perubatan asas kepada golongan yang tiada tempat tinggal dan yang miskin tegar setiap malam Dapur Mesra PERTIWI memberi makanan kepada mereka.

Jika anda seorang doktor dan ingin menjadi sukarelawan dalam pasukan yang menyediakan perkhidmatan perubatan asas kepada penerima-penerima kami, sila hubungi Munirah Hamid di talian +6012 236 3639 untuk maklumat lanjut.