Home > Projek > Kasih PERTIWI
20140919-DSCF94281

SUATU SINAR HARAPAN

Adakah anda ingat perasaan semasa kecil, penuh dengan rasa riang gembira, makanan dan pakaian yang secukupnya, dalam sebuah rumah yang aman dan damai? Kumpulan terhad kanak-kanak di bawah jagaan Kasih PERTIWI bukan sahaja tidak berbepeluang menikmati kemewahan ini, malah mereka juga terpaksa menanggung kesakitan dan keperitan sejak dari usia yang kecil lagi.

Kanak-kanak ini kebanyakannya ditinggalkan semasa kecil oleh ibu bapa mereka yang juga menghidap penyakit yang sama, ataupun mempunyai ibu bapa yang tidak berupaya untuk menjaga mereka. Ada juga yang disisihkan oleh ahli keluarga akibat daripada stigma yang dikaitkan dengan penyakit ini, Malah, ada juga daripada kanak-kanak ini yang ditinggalkan begitu sahaja di tepi jalan tanpa keadaan sebenar mereka difahami oleh orang ramai.
Tiada seorang pun daripada kanak-kanak ini yang meminta dijadikan begini.

Kasih PERTIWI bernaung di bawah PERTIWI dengan bantuan berterusan daripada Hong Leong Islamic Bank (“HLISB”).

Puan Wan Hava, atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Wan, bukan sahaja merupakan ibu dan ayah, malah juga seorang guru, penasihat dan kawan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Bagi mereka, beliau satu-satunya ahli keluarga yang mereka ada. Sebagai penjaga sah kepada kanak-kanak tersebut, beliau telah dengan sukarela mendedikasikan sebahagian besar hayatnya untuk memastikan kanak-kanak ini diberi kasih sayang, perhatian dan perlindungan yang sewajarnya.

Dengan bantuan daripada PERTIWI dan HLISB, Mak Wan meneruskan usahanya untuk menjaga kanak-kanak ini sungguhpun semakin lanjut usianya. Oleh itu, kami ingin menjemput tuan/puan membantu Mak Wan untuk sedikit sebanyak memberikan harapan dan semangat, sekaligus menceriakan dunia anak-anak yang tidak berdosa ini.

Sumbangan Wang Tunai

Kasih PERTIWI memerlukan sumbangan wang tunai bagi menampung perbelanjaan harian, dan ini boleh disalurkan menerusi:

Account Name : PERTIWI
Account Number : 42101002307 (Hong Leong Islamic Bank)

(Sila emelkan slip bank bersama butiran penderma kepada kasihpertiwi2015@gmail.com untuk mendapatkan resit dikecualikan cukai daripada PERTIWI)

Sumbangan Dalam Bentuk Barangan

Jika tuan/puan berhasrat untuk menyumbang dalam bentuk barangan, bekalan secara berterusan barangan seperti yang tertera dibawah amatlah dialu-alukan:

  • Beras
  • Gula
  • Milo, susu tepung, susu tin
  • Daging, ikan serta barangan segar lain
  • Barangan runcit yang lain
  • Barangan penjagaan diri

Lawatan

Kanak-kanak akan mendapat manfaat dengan adanya lawatan-lawatan keluar, dan Kasih PERTIWI mengalu-alukan untuk aktiviti-aktiviti seperti ini yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang berminat.

Ingin tahu lebih lanjut?

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di kasihpertiwi2015@gmail.com atau hubungi Munirah Hamid di talian +6012 236 3639.