Home > Jenis Keahlian

Ahli Pengasas

Yang terdiri daripada 10 orang yang mengasaskan pertubuhan ini.

Ahli Biasa

Terbuka kepada wanita-wanita Islam yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, yang bermastautin di Malaysia. Mereka yang menyempurnakan syarat-syarat keanggotaan dan menunaikan bayaran yuran seperti yang telah ditetapkan.

Ahli Seumur Hidup

Mereka yang menunaikan syarat-syarat permohonan menjadi ahli.

Semua kelas keahlian mempunyai hak:

  1. Mengambil bahagian dalam semua aktiviti pertubuhan dan menggunakan apa-apa kemudahan yang disediakan oleh pertubuhan.
  2. Mengundi di Mesyuarat Agung.
  3. Mencadang dan menyokong mana-mana ahli untuk dilantik ke Jawantankuasa Am.
  4. Dipilih menjadi ahli Jawatankuasa Am.

Semua pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

Muat Turun Borang Keahlian