
“Dapur Mesra” (Soup Kitchen) boleh ditemui di kebanyakan bandar di dunia ini. Kewujudan mereka ialah untuk menyediakan makanan asas kepada yang kelaparan, bukan kerana mereka malas atau hanya mengharapkan bantuan, tetapi lebih kerana mereka tidak mendapat makanan yang cukup atau pemakanan yang sesuai. Mereka yang memerlukannya merangkumi kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas. Kejayaan ekonomi dan kemakmuran Malaysia telah meletakkan isu kelaparan di negara ini yang bukan bermakna mereka yang memerlukan tidak langsung mendapat makanan, tetapi sama ada mereka mendapat makanan secukupnya setiap hari, dan kepedulian kita untuk menyediakan makanan kepada mereka.
Projek “Dapur Mesra PERTIWI” ini diwujudkan untuk menyediakan makanan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur secara tetap. Usaha jangkauan komuniti ini diwujud dan diuruskan oleh Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), salah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang paling lama di Malaysia, dengan bantuan awalan daripada penaja-penaja korporat dan individu.
“Dapur Mesra” merupakan satu cara penting untuk memberi balik kepada komuniti dengan menawarkan makanan sihat kepada mereka yang memerlukan. Beberapa “Dapur Mesra” yang beroperasi di Kuala Lumpur telah pun menyalurkan khidmat kritikal ini tetapi didapati masih ramai lagi gelandangan dan orang miskin tegar yang tidak dapat mengisi perut secara harian. Projek ini membantu usaha-usaha yang sedang berjalan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
- Mengedar makanan berkhasiat yang siap dibungkus, dan air bersih 4 malam seminggu di kawasan-kawasan dalaman bandaraya di mana kelompok-kelompok penerima tinggal.
- Meningkatkan kesedaran terhadap bilangan gelandangan dan orang miskin tegar di bandaraya kita.
- Menggalakkan tajaan pihak korporat dan media, dan penglibatan sukarelawan yang komited untuk mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
- Melaksanakan program secara lestari yang mampu menampung jumlah yang meningkat.
Projek Dapur Mesra PERTIWI ini merupakan suatu perkhidmatan bantuan makanan kemanusiaan kepada gelandangan dan orang miskin tegar tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui interaksi dengan pelbagai komuniti yang hidup melarat di tengah-tengah kotaraya ini, beberapa program sokongan tambahan mungkin diwujudkan untuk membantu mereka yang didapati sudah bersedia untuk menjadi lebih bebas.
Projek Perkhidmatan Kesihatan PERTIWI pula membantu golongan gelandangan dan miskin tegar dengan memberi bantuan pemeriksaan doktor serta ubat secara percuma untuk penyakit biasa.
Lokasi dan Kekerapan Pengedaran
Kawasan-kawasan yang menerima khidmat ini ialah Chow Kit, Kota Raya dan Masjid India pada tiap-tiap Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat. Antara 550-700 bungkus makanan diedarkan setiap malam khidmat ini dijalankan.
Cara Anda Membantu
Ada tiga cara bagaimana anda boleh membantu:
- Anda boleh menyumbangkan dengan menderma wang untuk digunakan dalam pembelian, penyediaan dan penghantaran makanan. RM1,140 boleh memberi makanan kepada sekurang-kurangnya 300 orang. Untuk membuat sumbangan kepada projek ini, cek boleh dibuat atas nama “PERTIWI”, RHB Nombor Akaun 2-14035-10201591. Semua derma mendapat pengecualian cukai mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
- “Dapur Mesra” menarik minat masyarakat umum sebab pengalaman memberi makanan kepada seseorang yang lapar akan memberi ganjaran serta-merta. Seandainya anda mampu memberi masa anda, mungkin sebulan sekali, anda mungkin berminat menjadi sukarelawan.
- Anda juga boleh membantu dengan menghebahkan kepada umum tentang peri pentingnya projek komuniti ini.
Untuk maklumat lanjut sila telefon: Munirah Hamid +6012 236 3639 atau emel kami di alamat pertiwisoupkitchen@gmail.com atau ikuti perkembangan projek PERTIWI Soup Kitchen di Facebook.